Make your own free website on Tripod.com

Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter iaitu antara dan network iaitu rangkaian. Maka perkataan Inter-net bermaksud rangkaian antara komputer-komputer. Sekiranya kita menggunakan komputer biasa (tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi menggunakan nternet ini pula, kita akan menyimpan fail tersebut di satu tempat dinamakan 'host' di mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Takrif Internet Dari Aspek Penggunaan - Internet adalah merupakan sebuah rangkaian komputer sejagat yang memberikan dua perkhidmatan utama, iaitu komunikasi dan capaian maklumat Sebenarnya tidak ada takrifan yang khusus yang boleh mendefinasikan apa sebenarnya Internet. Internet boleh ditakrifkan sebagai apa juga yang melibatkan Internet itu sendiri baik dari segi pengguna, kegunaan, aplikasi, budaya, teknologi dan lain-lain lagi.